Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM

Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM

Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM telah diadakan pada 24 - 25 Ogos 2020. Pusat Kesihatan Universiti  (PKU)adalah salah satu entiti yang terlibat dalam audit ini.Pada 24 Ogos 2020, PKU telah diaudit oleh pasukan juruaudit UPM dan mesyuarat pembukaan PTJ telah berlangsung pada jam 9.00 pagi di bilik mesyuarat PKU.

 

Semasa taklimat pembukaan audit, Dr Fauziah Adnan selaku Ketua PKU memberikan pengenalan ringkas kepada juruaudit tentang latar belakang PKU. Juruaudit Dalaman UPM adalah terdiri daripada Puan Noraihan Noordin (Ketua Juruaudit) dibantu oleh Puan Askina aziz, Cik Hailena Azhar dan Encik Mohd Khairul Jusoh@Yusof. Skop audit di Pusat Kesihatan Universiti melibatkan proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah yang merangkumi pengurusan keselamatan maklumat pelajar. Sepanjang pengauditan, juruaudit lebih fokus pada proses pemeriksaan kesihatan prasiswazah tempatan di PKU, kawalan keselamatan maklumat pelanggan, penilaian risiko keselamatan maklumat terutama dalam proses pengendalian pemeriksaan kesihatan pelajar baharu, penggunaan sistem e-klinik serta verifikasi keberkesanan kawalan dalam sistem pengurusan keselamatan.  Audit tamat pada jam 12.30 tengahari.

Tarikh Input: 23/09/2020 | Kemaskini: 23/09/2020 | noorbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUFA2~