AKTIVITI PENDAKIAN BUKIT BATU PUTIH, HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN, PORT DICKSON | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » AKTIVITI PENDAKIAN BUKIT BATU PUTIH, HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN, PORT DICKSON

AKTIVITI PENDAKIAN BUKIT BATU PUTIH, HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN, PORT DICKSON

26 November 2021 : Tahniah kepada 17 ahli  KSK PKU yang terdiri dari Pegawai Perubatan, Jurupulih Perubatan Anggota, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Tadbir yang telah bersama-sama dalam menjayakan Program Pendakian Bukit Batu Putih di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson.

Program ini telah diadakan pada 4 November 2021 (Khamis) sempena Cuti Umum Deepavali, diketuai oleh En Nazari Ismail yang merupakan Biro Sukan & Rekreasi KSKPKU bagi sesi 2020-2022. Pihak KSKPKU bersetuju untuk memilih Bukit Batu Putih Port Dickson kerana laluan trek sangat sesuai bagi ahli baru yang ingin berjinak-jinak melakukan aktiviti pendakian dan trek ini juga tidak membahayakan.


                      

                   

                   



Ahli yang mengikuti program ini mula berkumpul di Pintu Gerbang Hutan Rekreasi pada jam 7.30 pagi dan aktiviti berakhir pada jam 11.30 pagi. Selain dapat menghirup udara yang segar dan meningkatkan stamina, diharap dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi sillaturrahim antara ahli KSKPKU.

Nantikan program seterusnya dari kami.

Disediakan oleh Cik Nur Ainaa Muhamad Isa.

Tarikh Input: 07/12/2021 | Kemaskini: 03/01/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEZQAd~