Seksyen Kesihatan Pekerjaan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BAHAGIAN » BAHAGIAN KESIHATAN PEKERJAAN » Seksyen Kesihatan Pekerjaan

Seksyen Kesihatan Pekerjaan

Seksyen Kesihatan Pekerjaan ditugaskan untuk mengendalikan kes kemalangan/ kecederaan di tempat kerja dalam sekitar kawasan kampus terutama kepada pelajar dan staf.

Selain itu, seksyen ini juga ditugaskan untuk membuat saringan kesihatan kepada staf yang terdedah kepada bahan pencemaran secara berkala dan turut meluaskan perkhidmatan di kampus UPM, Bintulu, Sarawak.

Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah :

  1. Program Pengawasan Kesihatan Pekerjaan bagi kakitangan UPM yang terdedah kepada Bahan Kimia Berbahaya (USECCH 2000, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994), dan Sinaran Radiasi (Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984) di tempat kerja sepanjang berkhidmat di UPM.*

  2. Program Pemeriksaan Pra-Penempatan Pekerjaan.*

  3. Program Saringan Kesihatan Pekerjaan (Ergonomik).

  4. Merancang dan melaksanakan promosi kesihatan pekerjaan, seperti program pencegahan dan kawalan di tempat kerja bagi mengelakkan kakitangan UPM daripada mengalami kemalangan/ kecederaan/ penyakit akibat pekerjaan. *

  5. Pemantauan terhadap kes-kes kecederaan, kemalangan atau penyakit yang berlaku di UPM dan telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM.

  6. Memberi latihan dan kursus pertolongan cemas kepada kakitangan UPM dan pelajar.

  7. Perkhidmatan Perundingan Doktor mengenai isu-isu berkaitan kesihatan dan pekerjaan untuk penyelidik fakulti dan kakitangan UPM.

  8. Program pemeriksaan kesihatan untuk permohonan lesen JPJ bagi pemandu kenderaan komersial UPM.

 

*Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM.

Kemaskini:: 15/08/2022 [nur_hazalina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDcQAM~