PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN & PROGRAM KEMASYARAKATAN | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN & PROGRAM KEMASYARAKATAN

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN & PROGRAM KEMASYARAKATAN

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN & PROGRAM KEMASYARAKATAN

oleh: Dr. Khadijah Binti Mohd Azman 
disunting oleh: Opie Bamad


Serdang, 26 Jun - Sebuah Program promosi kesihatan dan pergigian “HEALTH & WELNESS OUTREACH PROGRAM” telah berlangsung di Foyer Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia baru-baru ini. Program anjuran Pusat Kesihatan Universiti dibawah kendalian  Bahagian Kesihatan Awam, PKU ini juga telah menjemput Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU untuk turut Bersama menjayakan objektif utama dalam memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian melalui pemeriksaan oral, konsultasi dan ceramah pergigian.

Penyelaras aktiviti Bahagian Kesihatan Pergigian, Dr Aisyah binti Mat Ariff yang merupakan  Ketua Seksyen Kualiti Kesihatan Pergigian bersama 3 Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) telah bersama-sama menjayakan program ini.

 

Antara pengisian program Kesihatan Pergigian adalah ceramah tentang kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr Nurul Syahirah di bilik mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan dihadiri oleh staf-staf fakulti tersebut.

Pemeriksaan gigi oleh Pegawai Pergigian turut diadakan kepada lebih daripada 30 pengunjung program yang berlatarbelakangkan pelbagai jawatan serta mendapatkan konsultasi berkaitan dengan keadaan kesihatan gigi dan oral.

Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU juga memberikan inisiatif bagi membolehkan pengunjung mendapatkan temujanji rawatan gigi di Pusat Kesihatan Universiti UPM selepas melakukan pemeriksaan dengan menyediakan kod imbas QR.

Program yang bermula pada 8.30 pagi telah tamat pada pukul 4.00 petang dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UPM.

Date of Input: 05/07/2023 | Updated: 05/07/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcWAq~