Program Promosi Kesihatan Pergigian Ausome Smile | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Program Promosi Kesihatan Pergigian Ausome Smile

Program Promosi Kesihatan Pergigian Ausome Smile


Laporan oleh: Dr. Khadijah, Dr. Aisyah, Dr. Ahmad Kamarul, Dr. Munirah, Dr. Syahirah dan JP Nalitha

Disunting oleh: Opie Bamad

Serdang, 23 Sept- Sebuah program promosi kesihatan pergigian ‘Ausome Smile’  anjuran Bahagian Pergigian Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan Kerjasama Persatuan Keluarga Autism UPM (PekaUPM) dan Jabatan Pergigian Keperluan Khas Hospital Kajang untuk komuniti berkeperluan khas, telah berlangsung baru-baru ini.


Program dibawah kelolaan Dr. Aisyah dan Dr. Khadijah ini bembawa objektif untuk meningkatkan kesedaran akan penjagaan kesihatan pergigian khususnya kepada penjaga dan ibu bapa kanak-kanak autism.

Menurut laman web AMDI, autisme merupakan masalah berkaitan perkembangan otak kanak-kanak yang melibatkan dua komponen utama iaitu kanak-kanak yang mengalami kesukaran bersosial dan berkomunikasi dan kanak-kanak tersebut juga mempunyai corak tingkahlaku, minat atau aktiviti yang berulang-ulang dan terhad. Kesukaran bersosial menyebabkan rata-rata pesakit autism mempunyai masalah pembelajaran dan dipercayai mempunyai masalah untuk menerapkan tabiat penjagaan kesihatan oral yang baik. Oleh itu ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan menjaga kesihatan pergigian kanak-kanak autisme.

Penceramah jemputan, Dr Siti Zaleha binti Hamzah yang merupakan Ketua Jabatan Pergigian Keperluan Khas dan pakar pergigian keperluan khas Hospital Kajang hadir bersama dengan Dr Priadhashini a/p Pekasarouf dan 2 orang DSA.

Program yang telah disertai oleh kanak-kanak autism dan keperluan khas bersama dengan ibubapa penjaga daripada PekaUPM, Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Sekolah Excel Qaliph dan juga pelajar sekolah Maahad Tahfiz Darul Azhar, Serdang telah turut hadir ke program dengan jumlah kehadiran melebihi 100 peserta. Selain ceramah penjagaan kesihatan pergigian, beberapa aktiviti lain telah dijalankan seperti pameran pergigian daripada jabatan Keperluan Khas Hospital Kajang, ‘musical chair’ dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Senyuman Anak Malaysia anjuran PekaUPM.

         

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibubapa dan penjaga serta anak-anak diharapkan dapat memberikan maklumat dan tips-tips yang berguna berkenaan dengan penjagaan kesihatan gigi dan oral kepada anak-anak serta ibubapa penjaga anak-anak autism dan keperluan khas dapat diamalkan semasa dirumah. 

Turut hadir ke program ialah YBrs Ts. Dr. Saiful Hasley Bin Ramli, Pengerusi PekaUPM, YBrs. Dr Fauziah Adnan, Ketua PKU, Dr Ahmad Kamarul Juperi, Ketua Bahagian Pergigian PKU, En. Mohamad Fiddezuan Bin Ahmad Murad, Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan PKU dan Guru daripada sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Selangor.  

 

 

Date of Input: 18/10/2023 | Updated: 18/10/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcBAO~