KESEDARARAN KESIHATAN PERGIGIAN DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » KESEDARARAN KESIHATAN PERGIGIAN DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM

KESEDARARAN KESIHATAN PERGIGIAN DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM

KESEDARARAN KESIHATAN PERGIGIAN

DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM

10 OGOS 2023

 

Laporan oleh: Dr. Kamarul, Dr. Aisyah, Dr. Munirah, Dr. Khadijah, Dr. Syahirah, JP Nalitha

 

10 Ogos 2023 - Program promosi kesihatan dan pergigian “HEALTH & WELNESS OUTREACH PROGRAM” telah diadakan di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan anjuran Pusat Kesihatan Universiti dan dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Awam, PKU.

 

Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU juga terlibat sama dengan program ini yang antara objektif utama adalah untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian melalui pemeriksaan oral, konsultasi dan ceramah pergigian. Penyelaras aktiviti Bahagian Kesihatan Pergigian adalah Dr Aisyah binti Mat Ariff, yang juga Ketua Seksyen Kualiti Kesihatan Pergigian bersama dengan 3 Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) telah bersama-sama menjayakan program ini.

 

Antara pengisian program Kesihatan Pergigian adalah ceramah tentang kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr Nurul Syahirah oleh staf-staf fakulti tersebut. Pemeriksaan gigi dan konsultasi yang berkaitan dengan keadaan kesihatan gigi dan oral oleh Pegawai Pergigian turut diadakan kepada pengunjung program. Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU juga menyediakan kod imbas QR yang membolehkan pengunjung mendapatkan temujanji rawatan gigi di Pusat Kesihatan Universiti UPM selepas melakukan pemeriksaan. Program tersebut bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang dan telah mendapat sambutan yang baik daripada warga UPM.

 

Date of Input: 20/12/2023 | Updated: 20/12/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcFA3~