HEALTH AND WELLNESS OUTREACH PROGRAM | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » HEALTH AND WELLNESS OUTREACH PROGRAM

HEALTH AND WELLNESS OUTREACH PROGRAM

Serdang, 16 Mei- Program promosi kesihatan dan pergigian “HEALTH & WELNESS OUTREACH PROGRAM” telah diadakan di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia pada 21 Februari 2023. Program anjuran Pusat Kesihatan Universiti dibawah kendalian Bahagian Kesihatan Awam, PKU ini turut oleh disertai oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU, UPM. Program yang bermula pada 8.30 pagi hingga 4.00 petang ini melibatkan seramai 14 orang staf Bahagian Kesihatan Pergigian yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Penyertaan Bahagian Kesihatan Pergigian di dalam program ini adalah untuk bersama-sama memberikan kesedaran kepada pengunjung terutamanya dalam penjagaan kesihatan pergigian. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada Staf dan pelajar UPM.

Antara aktiviti semasa program adalah pemeriksaan gigi dan konsultasi berkaitan masalah pergigian kepada setiap pengunjung yang telah menjalani pemeriksaan gigi. Kepada pengunjung yang memerlukan rawatan pergigian susulan, mereka diberikan QR code untuk membuat temujanji di Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan. Pemeriksaan kesihatan gigi telah mendapat sambutan yang baik di mana hampir 100 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian sepanjang program berlangsung.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran ‘booth’ kempen derma darah dengan kerjasama Tabung Darah, KKM kepada pengunjung yang berminat.

 

 

Date of Input: 26/07/2023 | Updated: 26/07/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcGAH~