Anda Bakal Mengerjakan Umrah? Ikuti Nasihat Kesihatan Ini Bagi Mengelakkan Jangkitan MERS-CoV | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Anda bakal mengerjakan umrah? Ikuti nasihat kesihatan ini bagi mengelakkan jangkitan MERS-CoV

Anda bakal mengerjakan umrah? Ikuti nasihat kesihatan ini bagi mengelakkan jangkitan MERS-CoV

KKM ingin memberi penekanan mengenai nasihat kesihatan kepada orang awam yang ingin mengerjakan umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, mengenai perkara-perkara berikut:

  • Semasa dalam tempoh lawatan, selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian jangkitan wabak MERS-CoV di negara tersebut;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan, khususnya unta;
  • Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk mentah / tidak dimasak dengan sempurna yang melibatkan unta; seperti susu, daging, air kencing dan produknya.
  • Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, khususnya negara di rantau Timur Tengah adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera, sekiranya mengalami gejala demam dan jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas), khususnya dalam tempoh 14 hari setelah tiba di Malaysia. Mereka perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

              

 

Kerjasama pihak agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah/haji dipohon agar dapat memperkukuhkan kesedaran mengenai kejadian jangkitan MERS-CoV melalui hebahan maklumat secara berterusan kepada para jemaah umrah/haji yang diuruskan. Bagi tujuan ini, agensi terbabit dipohon untuk merujuk kepada nasihat kesihatan sebagaimana yang disarankan di atas.

KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS-CoV boleh diperolehi dari laman sesawang https://www.moh.gov.my dan juga melalui Facebook CPRC Kebangsaan (National Crisis Preparedness Response Centre).

sumber : KPKesihatan

Date of Input: 02/01/2018 | Updated: 01/11/2023 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDcSAj~