ENTITI KAMI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ENTITI KAMI » Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan

Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan

 

Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan adalah klinik perubatan berasaskan Kampus yang menawarkan perkhidmatan pencegahan dan rawatan untuk kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan, dan program pengawasan perubatan pekerjaan. Perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam membuat pemantauan terhadap kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) agar mereka sentiasa sihat dan produktif. Unit ini dikendalikan oleh pegawai yang bertauliah, termasuklah Doktor Kesihatan Pekerjaan dan Jururawat Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.

 

Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah :

 

  1. Program Pengawasan Kesihatan Pekerjaan bagi kakitangan UPM yang terdedah kepada Bahan Kimia Berbahaya (USECCH 2000, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994), dan Sinaran Radiasi (Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984) di tempat kerja sepanjang berkhidmat di UPM.*

  2. Program Pemeriksaan Pra-Penempatan Pekerjaan.*

  3. Program Saringan Kesihatan Pekerjaan (Ergonomik).

  4. Merancang dan melaksanakan promosi kesihatan pekerjaan, seperti program pencegahan dan kawalan di tempat kerja bagi mengelakkan kakitangan UPM daripada mengalami kemalangan/kecederaan/penyakit akibat pekerjaan.*

  5. Pemantauan terhadap kes-kes kecederaan, kemalangan atau penyakit yang berlaku di UPM dan telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM.

  6. Memberi latihan dan kursus pertolongan cemas kepada kakitangan UPM dan pelajar.

  7. Perkhidmatan Perundingan Doktor mengenai isu-isu berkaitan kesihatan dan pekerjaan untuk penyelidik fakulti dan kakitangan UPM.

  8. Program pemeriksaan kesihatan untuk permohonan lesen JPJ bagi pemandu kenderaan komersial UPM.

 

*Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM.

 

 


Dr. Arma Noor

Ketua Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan

Pegawai Perubatan


T - 03-89467349
F - 03-89468878
E - arma@upm.edu.my

Kemaskini:: 11/10/2023 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXESTA2~