SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN
SIAPAKAH YANG LAYAK?
Pelajar-pelajar yang berdaftar dengan UPM dan telah menjelaskan yuran perubatan seperti kadar berikut :-
Pelajar Pra Siswazah Tempatan RM 60.00 / semester
Pelajar Pra Siswazah Luar Negara RM 200.00 / semester
Pelajar Pasca Siswazah Tempatan RM150.00/ semester
Pelajar Pasca Siswazah Luar Negara RM 200.00 / semester
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK?
- Pelajar yang tidak membayar yuran perubatan
- Pelajar yang digantung pengajiannya
- Pelajar yang gagal dan diberhentikan
- Pelajar yang menangguhkan pengajian & tidak menjelaskan yuran perubatan
- Pelajar yang telah bergraduat
TEMPOH KELAYAKAN
Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dari tarikh mereka mendaftar hingga tamat pengajian (iaitu apabila senat mengesahkan keputusan peperiksaan)
RAWATAN PAKAR
Pelajar boleh mendapat rawatan pakar di hospital-hospital kerajaan atau Hospital Universiti dengan syarat ianya dirujuk dan diperakui oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM
RAWATAN YANG DITANGGUNG OLEH UPM
- Pemeriksaan, ujikaji dan rawatan yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan PKU, UPM
- Pemeriksaan, ujikaji dan rawatan di hospital kerajaan atau hospital university
- Perundingan kepakaran di hospital kerajaan atau hospital universiti atas rujukan dan perakuan oleh Pegawai Perubatan PKU
KEMASUKAN WAD
- Kelas kedua hospital-hospital kerajaan Malaysia
- Hospital-hospital universiti di Malaysia
RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
- Perkhidmatan Rawatan Pergigian.
- Bekalan alat-alat perubatan, pembedahan dan pergigian seperti cermin mata, alat pendengaran, anggota palsu, tongkat, gigi palsu dan
- Perkhidmatan ibu mengandung dan bersalin, keguguran serta komplikasi yang berkaitan dengannya.
- Perkhidmatan perancang keluarga.
- Pemeriksaan Perubatan (Medical Check Up)
- Rawatan menurut pilihan pelajar seperti di hospital / klinik swasta atau masuk ke wad yang lebih tinggi dari kelas 2 di hospital kerajaan.
- Rawatan di Institut Jantung Negara
- Rawatan Dialisis, Hepatitis B atau C, HIV(Aids), Leukemia, dan Kanser.
- Rawatan penyakit yang sedia ada dan penyakit kronik.
- Permintaan ujikaji makmal @xray yang tidak di arahkan oleh Pegawai Perubatan PKU.
- Rawatam kosmetik/pembedahan seumpamanya dan rawatan orthodontik.
Kemaskini:: 11/04/2022 [izzatussofia]
PERKONGSIAN MEDIA