Serdang, 9 Nov: Pusat Kesihatan Universiti UPM telah melaksanakan satu sesi program Libat Urus bersama Pengurusan Kolej Kediaman dan Pemimpin Pelajar baru-baru ini di Bilik Seminar, PKU UPM.
Program yang diketuai oleh En Mohamad Fiddezuan bin Ahmad Murad, Pegawai Tadbir PKU ini bertujuan dalam memastikan ketercapaian maklumat perkhidmatan dan visibiliti PKU kepada warga kampus dapat dilestarikan secara holistik. Pada masa yang sama sesi libat urus ini merupakan platform yang baik dalam mengenalpasti isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat kolej kediaman berhubung kemudahan dan perkhidmatan PKU kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, program ini dilaksanakan dan diharapkan dapat menambahbaik fungsi PKU UPM secara holistik kepada warga kampus.
Turut hadir ke program ini YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM, Barisan Pegawai Tadbir Kolej-Kolej Kediaman UPM, Majlis Perwakilan Pelajar serta jemputan dalaman PKU UPM.
Date of Input: 22/11/2023 | Updated: 22/11/2023 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.