Penyakit Gangguan Tidur | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Penyakit Gangguan Tidur

Penyakit Gangguan Tidur

Pengenalan

“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam. Jumlah episod “apnea” boleh berlaku diantara 5 ke 50.

Ada tiga jenis “sleep apnoea” :

  • “Obstructive sleep apnea”
  • “Central sleep apnea”
  • “Mixed sleep apnea”.

Topik ini memberi tumpuan kepada “Obstructive sleep apnea” Penyakit ini tiga kali lebih banyak melibatkan lelaki daripada perempuan pada usia melebihi 30 tahun.

 

Tahap Keterukan Penyakit

“Tahap penyakit “sleep apnoea” bergantung kepada kekerapan gangguan pernafasan. Anggaran di bawah boleh digunakan sebagai panduan:

  • Normal- kurang daripada lima dalam setiap jam
  • Ringan -5 ke 14 gangguan pernafasan dalam setiap jam
  • Sederhana - 15- 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam
  • Teruk- lebih 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam

Ini boleh ditentukan dengan mengadakan ujian tidur “Sleep Study” (Polysomnography). Ujian ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

 

Sebab

Punca – punca “Obstructive sleep apnea” (OSA) :

  • Kegemukan (paling kerap), leher pendek dan besar (saiz kolar), dagu kecil
  • Sumbatan di bahagian hidung, mulut, tekak ; contohnya pembengkakkan tonsil ataupun lidah yang besar

 

Faktor faktor penyumbang lain :

  • Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur
  • Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar
  • Ubat ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang
  • Merokok

Bagaimana ia terjadi?

Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”. Keadaan ini diburukkan oleh alkohol dan ubat yang menyebabkan otot di bahagian tekak menjadi kendur (relak) semasa tidur.

Pada waktu saluran pernafasan tersumbat teruk, pernafasan akan terhenti untuk beberapa ketika sehingga otak mengesan kadar oksigen yang rendah. Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen. Pada masa ini seseorang itu akan menjadi separuh sedar berdengkur, dan cuba bernafas sekuat mungkin untuk mendapatkan oksigen sebelum tidur semula. Dalam kebanyakan kes seseorang yang mengidap masalah ini tidak sedar yang beliau sebenarnya separuh sedar untuk mendapatkan oksigen. Corak tidur begini berulang beratus-ratus kali setiap malam menyebabkan tidur yang terganggu serta masalah mengantuk dan keletihan apabila bangun tidur.

Tanda dan Gejala

Gejala utama “sleep apnea” adalah berdengkur dengan kuat serta mengantuk di waktu siang. Pasangan mengadu bahawa anda berhenti bernafas semasa tidur Pada amnya seseorang yang menghidap “sleep apnea” tidur berdengkur tetapi tidak semua yang tidur berdengkur menghidap sleep apnea.

Gejala-gejala lain termasuk

  • Kerap berubah posisi semasa tidur
  • Rasa lemas semasa tidur
  • Rasa mengantuk, letih dan lemah di siang hari
  • Kurang daya konsentrasi
  • Pemarah
  • Lemah tenaga batin serta tidak berminat untuk hubungan jenis
  • Sakit kepala di waktu pagi
  • Perasaan yang tidak keruan
  • Tidur pada waktu yang tidak sepatutnya seperti semasa makan, memandu atau bercakap
  • Masalah di tempat kerja

Komplikasi

Pesakit yang menghidap masalah “sleep apnea” mempunyai risiko tinggi terhadap:

  • Kemalangan jalan raya
  • Darah tinggi
  • Serangan sakit jantung
  • Angin ahmar

Rawatan

  • Masalah OSA yang ringan boleh dirawat dengan mengurangkan berat badan, cara tidur yang betul serta elakkan dari mengambil alkohol, merokok atau ubat ubatan yang telah dijelaskan di atas
  • Rawatan terhadap masalah perubatan yang berkaitan seperti masalah kelenjar tiroid
  • Rawatan seperti menjahit bola tennis ke bahagian belakang baju boleh menggalakkan pesakit untuk tidur mengiring ( tidur melentang boleh menyebabkan apnea menjadi lebih teruk)
  • OSA yang teruk memerlukan alat bantuan pernafasan (CPAP/BPAP; a continuous or biphasic positive pressure ) . Ia boleh menghalang salur pernafasan dari tertutup semasa tidur. Kalau alat ini tidak berkesan , pembedahan mungkin diperlukan untuk melegakan sumbatan pada salur pernafasan.
  • Mouthguard (alat untuk menghalang lidah daripada menyumbat salur pernafasan) . Rawatan ini diberikan oleh Orthodontist. Pembedahan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah sumbatan pada hidung atau tekak.

 

Pencegahan

“Obstructive sleep apnea” dan masalah berdengkur boleh diatasi dengan:

  • Elakkan pengambilan alkohol, dan ubat-ubatan seperti pil tidur, ubat penenang yang boleh memperlahankan kadar pernafasan
  • Jaga diet anda serta bersenam dan cuba dapatkan berat badan unggul. (Indeks jisim badan yang normal)
  • Tidur mengiring lebih elok dari melentang. Baju yang dijahit dengan bola tenis di belakang mungkin boleh membantu. Berhenti merokok
  • Tinggikan kepala semasa tidur 4 in. (10 cm) ke 6 in. (15cm) dengan meletakkan batu bata di bawah kaki kepala katil.( penggunaan bantal untuk menaikkan bahagian kepala tidak berkesan)
  • Rawat masalah pernafasan seperti hidung tersumbat atau selesema kerana ia menyebabkan berdengkur bertambah teruk. Elakkan daripada mengambil antihistamin kerana ia boleh menyebabkan mengantuk dan memburukkan sleep apnea. Sebaik-baiknya ambillah ubat yang mengurangkan sumbatan (decongestant)
  • Amalkan waktu dan cara tidur yang betul

 

 Sumber : myhealth.gov.my

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdOAy~