Masih Hendak Menyalakan Rokok? | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Masih hendak menyalakan rokok?

Masih hendak menyalakan rokok?

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan, rokok direkodkan sebagai penyumbang utama kematian dengan 20,000 orang setiap tahun dalam kalangan individu dari kumpulan yang masih produktif sebagai pekerja akibat rokok adalah sangat membimbangkan.

Kajian itu juga menunjukkan 22.8 peratus atau lima juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas merupakan perokok, dengan mereka yang berumur 20 hingga 54 tahun adalah perokok tertinggi, majoritinya lelaki.

Tabiat merokok juga adalah faktor utama kepada risiko berlakunya penyakit jantung dan saluran pulmonari, menyumbang kepada 15.7 peratus daripada 20,000 kematian yang direkodkan.

Kanser paru-paru adalah penyebab utama kematian berbanding 14 kanser lain sekali gus mencatat kadar maut tertinggi berbanding barah kolon dan payudara.

Yang lebih membimbangkan apabila satu pertiga atau 2.8 juta penduduk negara ini adalah perokok pasif, yang turut mengalami kesan kesihatan negatif seperti perokok aktif.

Pelihara paru-paru anda dan orang di sekeliling anda. Jangan jadikan ianya seperti ini.

 

                       Non smoker vs Smoker #addict | Lungs health, Smokers lungs ...

 

Jika anda berhasrat untuk berhenti merokok ia satu permulaan yang baik. Bulatkan tekad dan cari kekuatan semangat untuk berhenti merokok.

Anda harus sedar hakikat bergelar perokok ini boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok dan juga memberi kesan buruk kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Moga informasi ini memberi kesedaran dan kekuatan untuk semua.

Artikel dipetik dari : infosihat.gov dan Portal Myhealth
Disediakan oleh : SN Filina Fauzian

 

Tarikh Input: 11/08/2020 | Kemaskini: 12/08/2020 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUUAQ~