Influenza | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Influenza

Influenza

Apa itu influenza?

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

 

Apakah yang menyebabkan penyakit ini?

Terdapat pelbagai jenis rangkaian virus selesema yang biasa. Rangkaian virus yang bertanggungjawab untuk musim selesema tertentu akan berubah dari masa ke semasa mengikut wabak.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan dan vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu. Setiap vaksin mengandungi 3 rangkaian virus influenza yang berkemungkinan besar menyebabkan jangkitan selesema di dalam satu-satu kawasan dalam tahun tersebut.

Vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu boleh diberikan melalui suntikan ke dalam otot setiap tahun untuk kanak-kanak berusia daripada 6 bulan hingga ke 5 tahun. Vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan boleh diberi setiap tahun melalui semburan hidung untuk kanak- kanak berusia lebih daripada 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka setiap tahun bagi mengelakkan jangkitan ini.

Apakah wabak selesema dan bagaimana ia berbeza daripada selesema biasa seperti yang di atas?

Wabak selesema yang meluas di seluruh dunia berlaku setiap 30 tahun sekali. Ia boleh merebak dengan cepat dan melibatkan ramai orang di serata dunia dan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius dan boleh membawa kematian.

Apabila berlakunya serangan wabak selesema ini, masyarakat hendaklah mengambil langkah-langkah untuk menyekat kitaran jangkitan sesama manusia. Vaksin yang berkesan semasa wabak selesema hanya boleh dihasilkan selepas bermulanya wabak tersebut di mana rangkaian virus yang bertanggungjawab telah dikenal pasti.

Virus selesema ini yang didapati pada burung-burung yang berhijrah dan binatang ternakan seperti ayam boleh menjangkiti manusia. Oleh itu, jika musim selesema burung berlaku dalam jangka masa terdekat, ia boleh membawa kepada wabak selesema yang meluas ke seluruh dunia pada masa akan datang.

sumber: http://www.myhealth.gov.my/en/bayi-influenza/

Tarikh Input: 08/01/2020 | Kemaskini: 08/01/2020 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdWAZ~