Hari Tibi Sedunia 2022 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Hari Tibi Sedunia 2022

Hari Tibi Sedunia 2022

Hari Tibi Sedunia disambut di seluruh dunia pada 24 Mac setiap tahun bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan semua pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh dunia.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "Invest to End TB. Save lives",  bagi memastikan pesakit mendapat akses kepada diagnosis dan rawatan tibi kerana ia menyelamatkan pesakit daripada mendapat komplikasi yang tidak diingini seperti kematian akibat penyakit itu.

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara tanda-tanda penyakit tibi adalah batuk yang berpanjangan iaitu melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Individu yang bergejala perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan awal di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

Jumlah kes tibi yang dilaporkan di Malaysia pada 2021 adalah 21,727 kes (kadar insiden 63.5 setiap 100,000 penduduk) iaitu penurunan sebanyak 1,917 kes (8.1 peratus) berbanding 23, 644 kes (kadar insiden 72.4 setiap 100,000 penduduk) pada 2020. Jumlah kematian tibi adalah 2,288, menurun sebanyak 32 kematian (1.4 peratus) pada 2021 berbanding tahun 2020 dengan kadar kematian 6.6 bagi setiap 100,000 penduduk.

Marilah kita bersama berusahan untuk menegah dan mengani penyakit tibi dengan baik supaya dapat mencapai hasrat Malaysia bebas tibi menjelang 2035.

 

 

 

(rujukan : https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938025/pelaburan-pencegahan-kawalan-rawatan-perlu-tamatkan-tibi)

Tarikh Input: 25/03/2022 | Kemaskini: 12/05/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdVAB~