HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 10 OKTOBER 2019 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 10 OKTOBER 2019

HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 10 OKTOBER 2019

Selari dengan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini iaitu “Working Together to Prevent Suicide” atau “Bersama Mencegah Bunuh Diri”yang menekankan ‘smart partnership’ atau usahasama pintar, semua pihak sama ada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama sebagai usaha bersepadu untuk mencari jalan penyelesaian menangani isu tingkah laku bunuh diri.

 

Ini memandangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah di luar jangkauan kesihatan seperti komorbiditi gangguan mental, penyalahgunaan substans, masalah psikososial dalam keluarga, tragedi kehidupan, masalah hubungan dan masalah kewangan.

 

 

Bunuh diri boleh dicegah!

Sebagai ahli masyarakat, kita boleh mengambil tindakan untuk membantu sekiranya kita mengetahui terdapat di antara ahli  keluarga, sahabat handai atau mereka yang kita kenali mengalami krisis emosi, tanda-tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh diri dengan:

  1. Mengambil serius tentang masalah mereka
  2. Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka
  3. Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

 

Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital-hospital kerajaan,1001 buah klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 buah Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI).

 

Individu yang mempunyai masalah berkaitan isu-isu kesihatan mental boleh juga mendapatkan bantuan melalui talian Hotline (bebas tol) 24 jam 03-79568145 yang dikendalikan oleh pihak The Befrienders.

 

Petikan daripada Kenyataan Akhbar KPK 10 Sept 2019_World Suicide Prevention Day 2019

Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdVA2~