HARI JANTUNG SEDUNIA | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » HARI JANTUNG SEDUNIA

HARI JANTUNG SEDUNIA

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September semenjak tahun 2000 untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang penjagaan jantung yang baik. Tema Hari Jantung Sedunia pada tahun ini ialah USE HEART FOR EVERY HEART dan ia diterjemakan sebagai HARGAI JANTUNG, SAYANGI KEHIDUPAN.

Walaupun saiz jantung kita hanya lebih kurang sebesar penumbuk, ia bertugas untuk mengepam darah ke seluruh tubuh pada setiap hari semenjak kita dilahirkan sehingga kita menghebuskan nafas yang terakhir. Kadar degupan jantung manusia normal dalam keadaan rehat adalah 60 -90 kali seminit dan secara purata ia berdegup sebanyak 85 ribu kali setiap hari. Amat menakjubkan !

Berbeza dengan sel lain yang boleh berkembang biak dan menggantikan sel yang rosak, sel jantung tidak mempunyai kebolehan tersebut. Sebagai contoh, apabila kulit anda terluka, badan akan memberi isyarat kepada sel kulit untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel yang telah mati (luka). Selepas beberapa hari, luka tersebut akan tercantum semula. Walau bagaimana pun, jika sel dan tisu jantung mengalami kecederaan, ia tidak akan dapat menghasilkan sel dan situ baharu sebaliknya ia akan membentuk parut dan seterusnya menggangu keupayaan jantung untuk mengepam darah. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya .

 

Penyakit jantung koronari merupakan punca utama kematian secara global dan kes kematian yang berpunca daripadanya terus meningkat setiap tahun walaupun sebenarnya pencegahan penyakit ini tidaklah begitu rumit, iaitu :

1. Menjauhi rokok dan minuman keras
2. Melakukan pemantau tekanan darah secara kendiri dan dibawah pengawasan doktor agar ia kekalkan pada julat normal iaitu 120/80mmHg
3. Memantau paras kolesterol dan mengekalkannya pada julat selamat
4. Mengurangkan pengambilan garam
5. Mengekalkan berat badan yang sihat dan elakkan obesiti
6. Menjalani gaya hidup aktif
7. Mengamalkan pemakanan sihat

HARGAI JANTUNG melalui penjagaan yang baik. SAYANGI KEHIDUPAN dengan menggunakan jantung yang sihat untuk kemanusiaan, alam semulajadi dan diri sendiri.

Bahagian Kesihatan Umum Pusat Kesihatan Universiti
29 September 2022

Tarikh Input: 29/09/2022 | Kemaskini: 29/09/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdUAH~