Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara, kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

Bagaimanapun, mereka yang membuat ujian kendiri ini perlu memasukkan segera hasil keputusan diterima menerusi aplikasi MySejahtera sama ada negatif, positif atau status invalid. Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Kit Ujian Kendiri COVID-19 tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.

Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.

 

Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :

  • Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
  • Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
  • Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

 

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Bagaimana hendak mendapatkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ?
a. Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.
b. Kit Ujian Kendiri COVID-19 dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.

 

Berikut adalah penjelasan lengkap Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

 

 

 

Tarikh Input: 14/09/2021 | Kemaskini: 14/09/2021 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdGAI~