Durian & Buah Pinggang | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Durian & Buah Pinggang

Durian & Buah Pinggang

DURIAN DAN BUAH PINGGANG

 

Adakah buah durian boleh memudaratkan?

Pesakit buah pinggang terutamanya yang sedang menjalani rawatan dialisis tidak digalakkan mengambil buah durian.
Kenapa?
Kerana kandungan potassium nya yang tinggi

Ini kerana bagi pesakit buah pinggang, mereka tidak lagi berkeupayaan untuk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan (antaranya potassium ni) seperti orang biasa. Pengambilan MAKANAN yang tinggi potassium mungkin boleh menyebabkan peningkatan aras potassium dalam darah.

Aras potassium yang tinggi dalam darah/ hyperkalemia boleh menyebabkan gangguan kepada ritma jantung yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Antara buah lain yang tinggi kandungan potassium ialah: cempedak, nangka, pisang & anggur

Musim durian ni, ada antara pesakit-pesakit di klinik yang mengambil durian tanpa kawalan. Bagi yang ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang/ sedang menjalani rawatan dialisis, minta tolong tengok-tengok kan dan nasihat ya.

 

Sumber:  #MedTweetMY
Artikel ini juga boleh anda baca di sudut membaca berhadapan makmal.

Artikel ini disediakan oleh:
Izzatussofia binti Baharudin
Juruteknologi Makmal Perubatan,UPM.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdNA6~