Nota: Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
Penggunaan Ubat Dan Alat-Alatan Perubatan Semasa Berpuasa
Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa.
Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.
Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013
Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang MEMBATALKAN puasa ialah:
Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013
Cara Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa
Bagi mereka yang sakit, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan rawatan. Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan.
Terdapat segelintir pesakit yang mengubahsuai cara pengambilan ubat-ubatan mereka semasa puasa tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Lebih teruk lagi, sesetengah mereka langsung tidak mahu mengambil ubat semasa berpuasa.
Keadaan pesakit yang berhenti mengambil ubat semasa berpuasa amat membimbangkan terutama dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan asma. Perkara seperti ini boleh memberi komplikasi penyakit dating kepada pesakit.
Berikut adalah panduan umum berkaitan pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa.
Jika arahan pengambilan ubat adalah …..
|
Masa Pengambilan
|
|
Sebelum Makan |
Selepas Makan |
|
1 KALI SEHARI |
|
|
2 KALI SEHARI |
|
|
3 KALI SEHARI |
|
|
Bagi kekerapan 3 kali sehari, sila berbincang dengan doktor untuk mengetahui sekiranya boleh mengubahsuai kekerapan pengambilan ubat kepada 2 kali sehari. |
||
4 KALI SEHARI |
Bergantung kepada jenis penyakit. Perlu mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu. Dinasihatkan untuk tidak berpuasa / menggunakan ubat alternatif sekiranya ada. |
Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan dan dos insulin untuk bulan Ramadan kerana ianya dapat mengelakkan paras gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah (hipoglisemia) atau terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes untuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.
Keadaan HIPOglisemia (paras gula yang rendah dalam darah)
Keadaan HIPERglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah)
Segera berbuka apabila mengalami tanda-tanda sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Segera berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda masih tidak hilang atau keadaan semakin teruk.
Tip Atau Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pesakit.
Maklumat ini hanyalah sebagai panduan umum. Mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam hal berkaitan pengambilan ubat-ubatan serta status batal dan tidak batal puasa dalam penerangan yang diberikan. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza antara mazhab atau pendapat. Sehubungan itu, informasi yang diberikan ini adalah berdasarkan pandangan hukum daripada mazhab Syafie dan panduan berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.
Nota: Sumber myhealth
Tarikh Input: 09/05/2019 | Kemaskini: 09/05/2019 | nur_wahida
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453