SOALAN LAZIM BERHENTI MEROKOK | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» AKTIVITI KAMI » MQUIT PKU » SOALAN LAZIM BERHENTI MEROKOK

SOALAN LAZIM BERHENTI MEROKOK

Q: Saya telah kurangkan bilangan merokok. Tiada masalahkan jika saya merokok dengan bilangan sedikit?

A: Paling utama untuk para perokok adalah menjaga kesihatan dengan berhenti merokok. Ini bermaksud, anda perlu berhenti secara terus daripada tabiat merokok. Ini kadangkala memerlukan percubaan demi percubaan untuk berhenti terus daripada tabiat merokok.

 

Q: Apa faedah saya akan dapat daripada berhenti merokok ini?

A: Selepas anda berhenti merokok, anda akan merasa lebih bertenaga dan kurang stress. Batuk akibat merokok juga akan berkurangan walaupun ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk “membersihkan” paru-paru anda daripada lendir. Mata dan tekak anda akan kurang rasa iritasi dan daya deria rasa dan bau anda akan bertambah baik. Risiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok telah kurang secara drastik. Masalah penyakit pernafasan juga akan berkurangan. Untuk jangka masa panjang risiko penyakit pernafasan seperti kanser paru-paru dan chronic obstructive pulmonary disease (COPD) akan berkurangan. Malah, dengan mengurangkan tabiat merokok, ia dapat mengurangkan kedutan di kulit, gigi menjadi lebih putih dan badan anda tidak akan berbau asap rokok lagi. Dan ia juga menjimatkan duit anda.

 

Q: Saya pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini tapi gagal. Apa lagi cara saya boleh buat untuk berhenti dari tabiat merokok?

A: Ketagihan tabiat merokok sangat susah untuk ditangani. Anda mungkin memerlukan beberapa kali percubaan untuk berhenti merokok. Anda boleh mencuba dengan mendapat sokongan daripada kawan dan juga ahli keluarga anda, mendaftar program berhenti merokok seperti Klinik mQuit dan mengambil ubatan juga boleh membantu anda untuk berhenti merokok. Anda juga boleh memikir kembali kenapa anda gagal untuk berhenti merokok sebelum ini dan cuba atasi setiap halangan tersebut. Akhirnya anda memang boleh berhenti daripada tabiat merokok selamanya.

 

Q: Apa ubatan yang saya perlukan untuk berhenti daripada tabiat merokok? 

A: Ada tujuh jenis ubatan yang boleh membantu anda daripada ketagihan nicotine. Terapi penggantian nicotine seperti patch, lozenges dan gula-gula getah yang mana anda boleh peroleh di farmasi dan juga perskripsi terapi nicotine seperti nicotine inhaler dan nicotine nasal spray boleh didapati di klinik mQuit. Ada juga ubatan non-nicotine yang memerlukan perskripsi seperti bupropion (Zyban®) dan varenicline (Chantix®) juga boleh diperloleh di klinik mQuit.

 

Q: Bolehkah e-cigarettes atau vapes membantu saya berhenti merokok?

A: Menurut kajian FDA, e-cigarettes tidak membantu dalam berhenti ketagihan merokok. Tahun 2016, laporan Surgeon General menyatakan bahawa e-cigarettes boleh mendedah kepada orang ramai kepada beberapa bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Berdasarkan ini, America Lung Association tidak menyokong dalam penggunaan e-cigarettes. Malah, kami menyarankan anda untuk berkonsultasi dengan anggota kesihatan untuk menggunakan ubatan yang disarankan pihak FDA bagi memberhentikan ketagihan merokok.

 

Q: Adakah saya akan bertambah berat badan sekiranya saya berhenti merokok

A: Ada sebilangan orang akan bertambah sedikit berat badan selepas berhenti. Tetapi selepas mengikut cara pemakanan yang sihat dan bertambah aktiviti fizikal boleh membantu dalam mengawal berat badan anda. Malah, anda akan lebih sihat daripada anda terus merokok walaupun bertambah sedikit berat badan.

 

Q: Saya mempunyai kawan dan ahli keluarga yang merokok, yang menyebabkan bertambah susah saya hendak berhenti dari merokok. Apa yang patut saya buat?

A: Tidak ada cara yang boleh membuatkan mereka untuk berhenti merokok melainkan anda sendiri yang beritahu kepada mereka bahawa anda sangat risaukan kesihatan mereka dan berharap mereka turut sama dalam berhenti merokok. Sekiranya mereka berminat, anda telah mempunyai kawan yang turut menyokong perjalanan anda untuk berhenti merokok. Dan sementara anda cuba untuk berhenti merokok, cuba meminta secara baik kepada mereka supaya mereka tidak merokok dan menawarkan rokok kepada anda.

 

Q: Ada cadangan lain yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan ketagihan merokok?

A: Rasa ketagihan akan berlalu selama tiga ke lima minit selepas berhenti merokok. Cuba lakukan perkara yang menyibukkan diri daripada berfikir daripada rasa ketagih seperti berjalan-jalan, telefon atau menghubungi kawan ataupun minum segelas air.

 

Kemaskini:: 08/03/2024 [nur_hazalina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXERCAk~